Sabtu, 24 Mei 2008

Terlucutnya Jajahan Takluk Kesultanan Johor keatas Pulau Batu Puteh


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.
Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.

Pulau Batu Puteh, yang dipanggil Pedra Branca oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor.
Panel 16 hakim membuat penghakiman 12-4 menyebelahi Singapura.
Bagi Terumbu Karang Tengah pula, mereka membuat keputusan 15-1 memihak kepada Malaysia. Begitu juga Terumbu Karang Selatan. Begitu juga dengan Terumbu Karang Selatan.

Memetik ulasan Rais Yatim, alasan yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953, Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupunpenyeliaan atas Pulau Batu Puteh.
"Mahkamah juga menegaskan bahawa peta yang tertera dan diperbuat oleh Malaysia itu sesungguhnya mencerminkan juga apa-apa hal yang bersabit tuntutan Singapura. Oleh kerana pulau itu dan juga rumah api yang diletakkan di situ sebagai rumah api Horsburgh adalah milik Singapura," katanya.
Rais berkata surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu.
"Tuntutan-tuntutan lain yang diperbuat Singapura (juga) meyakinkan mahkamah bahawa Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura dalam bentuk pengawasan kedaulatan.
"Dalam konteks yang agak berlainanlah maka mahkamah menentukan Middle Rocks adalah milik dan kedaulatan pada Malaysia
," katanya.


Pa'ku rasa mungkin ini keputusan yang terbaik buat kita dan ada hikmah disebaliknya. Keputusan ini jadi pedoman dan sejarah yang perlu disemat dalam ingatan bahkan ke anak cucu kita. Sesungguhnya sesuatu yang kita ada perlu untuk dijaga dengan cermat, jangan kerana kesilapan atau lalai dengan tanggungjawab kerana helah anasir luar mengakibatkan kita ulangi sejarah ini. Soalnya sekarang, sejauh mana hak kita pasti terjaga di pulau lain seperti pulau pisang, malahan Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia) juga perlu diperhalusi agar 50 tahun akan datang, ianya kekal tanah jajahan takluk negeri Johor...Daulat Tuanku!

Rabu, 21 Mei 2008

Perginya Mantan Presiden UMNO..



Kelmarin, bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad (TDM) mengumumkan keluar daripada parti keramat UMNO. Pa'ku rasa beliau betul2 kecewa dengan senario politik pasca PRU 12 dan kelemahan pentabiran PakLah dalam bertindak secara agresif untuk menangani krisis bangsa Melayu yang semakin terhakis kuasa politiknya..





Lebih daripada kecewa terhadap prestasi penggantinya, pasti ada sesuatu di sebalik langkah yang diambil beliau ini. Adakah tindakan beliau satu pengkhianatan kepada perjuangan bangsa, ataupun pencetus kepada kebangkitan semangat juang dalam UMNO itu sendiri? Tidurkah pemimpin kita, lena diulit kuasa tanpa sedar bangsa lain yang sekadar warganegara kepada tanahair ini semakin berani mempersoal dan menginjak martabat Melayu? Benarkah UMNO sudah tidak relevan dan tidak berjuang untuk Bangsa Melayu dan Agama Islam sebagai tunjang dalam negara Malaysia kini? Sama-sama kita fikirkan, renungkan apa yang ada di sekeliling kita dan bertindak sebijak yang mampu...